Tuesday, July 28, 2009

YASMIN AHMAD is the best of all..


Hi again!

Hm...hari ni tibe2 terbuka pulak hati nak bercerita tentang perasaan aini tentang film director yang baru sahaja meninggalkan kita semua;Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Aini tak tahu nak mula macam mana.masa mula2 dapat tahu yang dia tibe2 pengsan aini ingatkan dia ok. . lagipun dah buat pembedahan semua. tak sangka pulak cepat dia nak tinggalkan kita. .

Actually, tak semua filem dia aini tengok. muallaf pon tak dapat nak tengok. banyak sangat kontroversi filem tu. entahlah, tapi aini memang nak tengok, sebab cerita dia tak pernah mengecewakan aini. tengok je iklan petronas yang dia buat, memang best kan? dia memang berbakat besar. . aini kagum dengan dia.. idea dia banyak dan luas. dan yang paling penting, idea dia semua yang berkaitan dengan malaysia. even kaum lain jugak tak ketinggalan..dia tak lupakan bangsa lain dalam filem dia. kalau filem melayu lain yang kita tengok, kita rasa macam malaysia ni ada satu bangsa je. cerita, mesti nak cerita pasal melayu moden.. rumah nak besar je..baju kurung pon kurang kalau dalam filem2 melayu.tapi, cuba tengok filem yang pengarah ini buat?she's truly malaysian.dia buat filem bukan khas untuk tontonan orang melayu je. tapi untuk bangsa lain jugak..



And, macam artis favourite aini, afdlin shauki cakap;
"Some say she invited controversy.... but i feel her intention is more to get people to actually start a dialogue about the issues that she put forth. To get people to deal with issues which are normally swept under the rug. Among many local filmmakers i felt like she was the only mainstream director who had the balls to do that in quite a blatant straight forward manner, rather than colour coat some issues like me and some of my counterparts do."

See? she's so special. she has the courage to speak, to express, to tell others honestly about what are exactly happening in our culture. some people disagree sebab filem dia banyak bercanggah dengan Islam. for example, talentime. kontroversi sebab kapel yang belum kahwin dah tidur rumah same. memang lah rumah parents, but itu la yang menjadikan kontroversi dikalangan kawan2 aini. tapi kalau kita tengok balek, zaman sekarang ni, memang benda tu dah berlaku pon. so kenapa perlu ada pertikaian? dia buat cerita macam tu, sebab memang ada berlaku yang macam tu. tapi, ada juga yang tak puas hati sebab dalam cerita gubra, imam tu nak pergi masjid then usap2 anjing yang kebetulan ada dalam perjlanan. yang itu...entahla, aini pon tak tahu. tapi aini yakin, benda itu mesti pernah berlaku, kalau tak takkan dia buat cerita macam tu.

Yasmin seorang yang amat berterus terang. dia cerita semua yang berlaku tanpa selindung dalam filem dia. dia bukan nak mencetuskan kontroversi, but she's a storyteller.. bukan macam certain pengarah lain yang hanya buat filem but they're not telling the truth about the whole story. the reality itself. even some of them manipulate things they shouldn't.. iklan petronas tu,sebenarnye nak buka mata orang melayu.. tapi masih banyak lagi yang pejam mata diorang. iklan petronas pasal sampan tu..korang tau tak? aini tersentuh sangat dengan iklan tu. memang baik punya perli orang melayu...tak malu ke??tapi itu realitinye kan?memang orang melayu macam tu..the same goes for her films.. she's just telling the truth about everything happened in her life. in our culture..


aini sedih juga lah dengan pemergian dia..dia pengarah terbaik..walaupun negara sendiri tak iktiraf dia, tapi tengoklah filem dia di luar negara.. banyak sangat menang anugerah.. kalau dia nak kejar populariti dengan mencipta kontroversi, baik tak payah. baik dia buat filem yang dapat memuaskan hati semua pihak so, dia sendiri tak sakit hati terima kritikan orang. but she's different..that's why she's so special. she's special in her own way...tengoklah, bila kita dah hilang orang macam ni, baru nak iktiraf kerja2 dia. tengok je macam michael jackson tu. dah takde, baru terasa kehilangan besar. itulah yang buat aini rasa sedih.. aini sangat suka dengan karya2 dia. tak payah tengok pon aini dah tahu cerita dia menarik..

apa2 pun, ini pendapat aini je tentang pengarah yang berbakat besar ni. aini memang sangat kagum dengan kerja dia. very creative and direct to express her feelings and to present her works. im gonna miss her so much!semoga rohnya dicucuri rahmat..

alfatihah...

p/s: oh ya...sebelum tuh, aini juga nak siapa2 yang baca blog aini ni sedekahkan alfatihah untuk ayah kepada kawan aini, Afiq and Adibah yang baru sahaja meninggal dunia malam tadi (27 julai 2009) akibat sesak nafas. takziah untuk diba dan sekeluarga...alfatihah...

"Death is not the greatest loss in life. The greatest loss is what dies inside us while we live," - Norman Cousins

2 comments:

akubukanromantis said...

alfatihah kpd yasmin ahmad.. tp sy still x stuju ngn cara die wat movie..im sorry.. tp iklan2 petrons 2 sgt stuju..

fad.zain said...

hehehe...takpe...tak kesah pon...da taw da~~ :)