Saturday, August 1, 2009

S.E.T.E.M!!

HAI!!

korang sihat?aini sakit tekak la...kepala pening..aduhaaai...tak taw la kenapa..tapi, dalam sakit2 tu, aini sempat jugak tengok filem SETEM, arahan Khabir Bhatia..(betul ke ejaan khabir bhatia tu?suddenly i'm getting confused!)dengan naimla of cos!!sape lg yang sudi teman aini tengok movie kan??dia jela peneman..kawan aini tak banyak.. :) ok, whatever! btw, aini suke sangat cerita khabir bhatia since filem cinta.suke sgt!!tp ada yang kata kat aini filem cinta tu lambat sangat, boring...tapi aini rasa ok je..aini suke je...sepi pon sama..


so, hari ni, dalam tak berapa nak sihat ni pon, aini berjalan ar jugak pergi alamanda tengok setem..best sgt cerita dia!Tak kering gusi aini tgk cerita tuh!lawak sgt!!aini suka!!hilang segala penyakit!hehehe...dahla aini memang sangat suka afdlin shauki and que haidar...yang lain tu, suka jugak, tapi tak de perasaan sangat. perempuan dia vanida imran!aini suke jugak dia~~chantekk!!hehhee...aini rasa nak tulis je cerita setem tu kat sini, tapi tak syok ar kan...korang tengokla dulu cerita tu...then kongsikan la pengalaman korang dengan aini...aini totally suke cerita tuh!nak tergelak2 je aini bile teringat balek!

Gambar ni salah satu scene dalam setem.chantekkn vanida imran??que haidar pon nampak coOl!!waaaa...sukenyer dier!!innocent and comeyl! aini sarankan tgkla movie ni.setem ni memang tak rugi ar duit nak beli tiket wayang! aini sangat suke!lagipon, filem2 khabir bhatia yang sebelum ni pon tak pernah kecewakan aini. tak tawla korang semua rasa macam mane...so, tu je la yang aini nak kongsi hari ni~pasal filem setem!walaupun title dia nampak biasa, tapi cerita dia......isskkk...heee...korang tengokla sendiri macam mane cerita dia..



petang tadi aini tengok setem, malam tadi pulak tengok nur kasih!hmmm...aini sukala cerita tu...sedih pulak...aini sedih sebab aidil dengan nur amina tu baik sangat...aini tak tahulah macam mana nak sucikan hati aini macam diorang...sangat menjaga maruah keluarga sampaikan hati sendiri yang terluka..susah taw nak jd camtu...kalau dalam drama nur kasih ni, aini suka sangat aidil!dia cOol je...cara dia cakap, perlakuan dia, semualah..haaaiiii...memangla aini suka lelaki macam tuh... :DD kalau aini jumpa lelaki macam tu, tak tawla...aini bukannye baik sgt pon...mahu kene brainwash je!hehehe...tapi aini suka la lelaki tenang mcm tu..


agak2nye, macam mane la ending cerita tuhkn?aini berbelah bahagi.aini definitely tak suka katrina tu.and adam of cos!tp nur syg adam. kesian la nur kalau aini tanak adam dengan dia. tapi kalau nur dgn adam, aini kesian aidil pulak. aidil sesuai dpt nur. aini tanak sarah dgn aidil!dia gediks je lebeyh!!tak suke2!!hehhe...aini emosional! yang penting, watak aidil dengan nur memang berkesan!aini suka sgt diorunk...kalau before ni,aini mmg tak pernah tengok fizz fairuz (aidil) tu berlakon. bile layan nur kasih ni, aini suka sangat dia...then, bile aini tgk syurga cinta, amboi...jahat boleyh tahan jugak dia dalam cerita tu.aini macam tak boleyh terima sebab dia sepatutnya baik!hehehe...tapi tula, lakonan aidil memang berkesan!aini suke sangat!nur kasih tu aini harap sangat cerita dia tak meleret2. aini pon tak suka cerita drama panjang2 sangat..tp aini terlayan pulak drama tu! lagi pon drama tu tak meleret lagi. ni semua chak dengan efa punya pasal..langsung aini pon join tengok cerita tuh! huhuhu...aini tak sabar nak tunggu next week punya episode.this week nyer, ending dia buat aini stress sebab kene tunggu next week untuk kisah selanjutnya!!korang yang melayan cerita tu pon, mesti rasa apa yang aini rasa kan??heeeee...sama2lah kite tunggu...


ok la...ni je aini nak kongsi dengan korang hari ni...aini nak kongsi apa yang aini suka..apa yang buat aini rasa seronok.aini suka tengok movie...so bile dapat pulak tengok movie macam setem ni, aini rase teruje pulak nak share dengan korang...korang pon tgkla!best taw!!enjoyyyyyyy!!


Ni la pengarah filem SETEM, Khabir Bhatia~


"Successful people are successful because they form the habits of doing those things that failures don't like to do," - Albert Gray

3 comments:

akubukanromantis said...

SETEM best!

Mell L. said...

Aini,kite pn ske Nur Kasih.hahaha.sumer kt cni tgk citer nih.dulu Kekasihku Seru siap tgk rmi2 lg.


Nk tgk SETEM!!!banje CD cetak rompak boley?hehehe

fad.zain said...

hahaha...pame!of cosla bole!kalo nk PINJAM yg original pon boley!tp kene tggu dia keluar dulu ar~~ ;p